![]() ![]() Hello World! Im Syazwani and im 12 years old scholl at Sk.St.Patrick.Tawau ..Tq Ain cuz help me :) ![]() ► My Stuff ► My Friends ► My Diary ![]() ![]() Template & Skin by : Husnaa. Big help from : Wani | WHI | C4U | Una
| Jangan Babitkan Papa Saya-Nabila Huda..
Tuesday, 6 December 2011 | 21:54 | 0 Sweet Cupcake
![]() Jangan Babitkan Papa Saya - Nabila Huda![]() KUALA LUMPUR, 5 DECEMBER 2011: "Tolong jangan babitkan papa saya," kata pelakon Nabila Huda ringkas apabila diminta memberikan komen berhubung maklum balas bapanya, Amy Search mengenai isu kontroversi di laman Twitternya baru-baru ini. Ketika dihubungi portal murai.com.my, Nabila berkata, seboleh-bolehnya dia tidak mahu ada sebarang pihak yang datang kepada bapanya itu untuk bertanya perihal masalah rumah tangga atau apa juga isu peribadinya. Sebaliknya, kata pelakon yang baru saja menjangkau usia 27 tahun itu, sewajarnya dia mahu mana-mana pihak seperti pihak media pergi berjumpa atau menghubunginya dirinya sendiri untuk mendapatkan sebarang kenyataan berkaitan apa juga isu dirinya. "Saya memang tak faham mengapa mereka harus bertanyakan hal saya kepada papa. Umur saya sudah 27 tahun dan saya tahu membawa haluan hidup saya sendiri. Malah saya juga seorang yang independence. Semua itu papa sendiri sudah tahu. "Mereka tidak sepatutnya mengajukan sebarang soalan kepada papa kerana isu yang mereka bertanyakan adalah berkenan saya. Mengapa mereka tidak datang berjumpa atau bertanyakan kepada saya sendiri untuk mendapatkan kenyataan. "Kalaupun saya sibuk atau tidak dapat melayan mereka, mereka masih tak patut bertanyak kepada papa. Mereka sepatutnya bersabar dan saya pasti akan bekerjasama dengan mana-mana pihak untuk memberikan kenyataan. "Ini tidak, apabila perkara sebegini berlaku, tidak ada seorang pun bertanyakan sendiri hal sebebnar kepada saya sebaliknya lebih gemar bertanyakan kepada papa saya sendiri," katanya yang sedang berehat di Phuket, Thailand bagi meraikan ulang tahun ke 27 pada 2 Disember lalu. Kontroversi timbul apabila Nabila meluahkan perasaannya di lama social Twitter baru-baru ini berhubung rasa ketidak puasan hatinya dengan tingkah laku bekas suaminya. Nabila berkata, kerana tiada siapa yang datang bertanyakan hal itu kepadanya sendiri, dia agak kesal apabila sering ditegur oleh bapanya apabila diajukan dengan beberapa soalan peribadi mengenainya meskipun ketika itu dia masih bergelar isteri orang. Katanya, bapanya seorang yang sangat terbuka dalam mendidik anak-anak malah menurut Nabila rockers terkenal itu juga seboleh-bolehnya tidak mahu masuk campur segala urusan anaknya itu memandang dia tahu prinsip hidup yang dipilih Nabila. "Entahlah, sekarang fikir saya jadi tak menentu. Banyak hal yang perlu saya fikirkan, pada hal mangsa dalam perkara ini adalah saya. "Saya sangkakan selepas penceraian kami, semua perkara akan selesai dengan aman dan saya boleh kembali gembira. Tapi sebaliknya pula terjadi dan apabila saya mendiamkan diri, semakin menjadi-jadi pula perkara ini. "Mungkin ada insan yang tak mahu melihat saya gembira atau hidup dengan aman. Sebab saya memang bukannya suka berkongsi perkara peribadi dalam Facebook atau Twitter. "Apa yang saya kongsikan selama ini, kebanyakannya mengenai apa yang saya makan atau lokasi di mana saya berada. Itu saja. Tapi bila saya diberi tahu rakan-rakan mengenai hal yang tak membuatkan saya gembira, saya tak ada cara lain selain berkongsi kebenaran. "Rasanya, biarlah saya tamatkan perkara yang menyakitkan hati ini di sini saja dan saya memang tak mahu ianya diperbesarkan lagi. Biarlah pihak yang berkenaan kekal dengan pemikiran kolotnya itu, kerana kebenarannya hanya saya saja yang tahu," katanya dengan penuh sesalan. Jelas Nabila, walaupun selepas ini dia akan memilih jalan dengan mendiam diri namun dia sedar masih akan ada pihak yang mahu menceroboh kebahagiaannya bersama anak tersayang. |