// Strawberry Cupcake



Hello World! Im Syazwani and im 12 years old scholl at Sk.St.Patrick.Tawau ..Tq Ain cuz help me :)

► My Biography
► My Stuff
► My Friends
► My Diary






Template & Skin by : Husnaa.
Big help from : Wani | WHI | C4U | Una


Older Post | Newer Post
Trend Rambut Paling Stailista
Tuesday, 6 December 2011 | 21:48 | 0 Sweet Cupcake

Trend Rambut Paling Stailista


Trend Rambut Paling Stailista


KUALA LUMPUR, 2 DISEMBER 2011:
Lihatlah gaya rambut yang menjadi milik tiga selebriti popular, Alyah, Hazama dan juga Awal Ashaari. Semuanya kelihatan seakan serupa .
Potongan nipis di bahagian tepi dan dibiarkan panjang pada bahagian atas serta depan telah menjadi pilihan mereka bertiga.
Apa yang pasti, mereka kelihatan lebih berkeyakinan, segar dan yang paling utama tampak lebih trendy daripada biasa.
Inilah gaya potongan rambut pilihan tiga selebriti popular ini selepas melihat sendiri potongan yang telah menjadi identiti sejak tiga tahun lalu milik Detektif Stailista dari portal murai.com.my.
Percaya atau tidak, ketiga-tiga mereka telah bertemu sendiri Detektif Stailista dalam majlis berbeza-beza dan membuat pengakuan ikhlas bahawa gaya potongan rambut Editor Fesyen itu telah menjadi inpirasi untuk mereka memilikinya.
Kata Awal, gaya rambut sedemikian baru saja dipotongnya selepas berpeluang bertemu Detektif Stailista dalam acara karpet merah Anugerah Industri Muzik ke 18 di Stadium Putra Bukit Jalil pada November lalu.
"Bila melihat potongan rambut Detektif Stailista di AIM 18 tempoh hari, saya berkata mengapa tidak saya memilikinya juga. Lagipun wajah saya kelihatan lebih kurus dengan potongan seperti ini," katanya.
Manakala juara Akademi Fantasia 9, Hazama pula mengakui gaya potongan rambut Detektif Stailista itu telah menjadi inspirasinya bagi menyerlahkan identitinya sebaik saja dinobatkan sebagai juara program realiti berkenan.
Sementara Alyah yang pernah memiliki gaya rambut sedemikian tahun lalu, turut meminati potongan rambut itu dan mengambil keputusan untuk memilikinya bagi menyerlahkan penampilan bagi penghasilan klip video Kau Bisu.
Malah Alyah merupakan artis pertama yang pernah mendekati Detektif Stailista dan mengakui sangat teruja untuk memiliki gaya rambut berkenaan. Nampaknya, keyakinan yang diberikan oleh jurusolek kegemarannya, Bosco Ryzarl telah membuatkan Alyah lebih yakin kala beraksi di hadapan kamera. Lihat sajalah hasilnya.
Walau siapapun yang memiliki gaya rambut Detektif Stailista yang direka khusus oleh pendandan rambut Tim dari salon rambut Albert Nico, apa yang pasti anda sentiasa akan kelihatan trendy dan lebih bergaya.